Asma binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang berumur
panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan hidupnya
tidak pendek seperti namanya. Allah memberinya umur panjang dan
kecerdasan berfikir, hingga dia dapat mewarnai perjalanan hidup generasi
tabiin (pengikut Rasulullah) dengan perjalanan kehidupan pada zaman
Rasulullah. Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam.
Permulaan Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah
Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar.
Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka.
Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain” yang
membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.
Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan dan
tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada
waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia
memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung makanan
dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum. Ketika Rasulullah
mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat
piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di
syurga.
Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan
biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian,
Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. Sekiranya suaminya
sibuk menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan merawat
dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil
perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang
diberi nama Abdullah bin Zubir.
Asma’ memiliki beberapa sifat istimewa. Selain cantik, dia mempunyai
sifat yang hampir sama dengan dengan saudaranya Aisyah, cerdas, pantas
dan lincah. Sifatnya yang pemurah menjadi teladan kepada ramai orang.
Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi
Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah
tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan
tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi
untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir. Perang di antara dua
kekuatan itu tidak dapat dihindari.Lalu, Abdullah bin Zubir turun ke
medan perang untuk memimpin pasukannya.
Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani
Umaiyah.Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah
binZubir undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa
saatsebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya. Ibunya
bertanya,”Mengapa engkau datang ke sini, padahal batu besaryang
dilontarkan pasukan Hajjaj kepada pasukanmu menggetarkan seluruhkota
Makkah? “Aku datang hendak meminta nasihat daripada ibu,” jawab Abdullah
dengan rasa hormat. “Mengenai apa?” tanya Asma’ lagi. “Tentera aku
banyak yang belot.Mungkin kerana takut kepada Hajjaj atau mungkin juga
merekamenginginkan sesuatu yang dijanjikan.
Tentera yang ada sekarangnampaknya tidak akan sabar bertahan lebih
lama bersama aku. “Sementara itu, utusan Bani Umaiyah menawarkan
kepadaku apa sajayang aku minta berupa kemewahan dunia, asal aku
bersedia meletakkansenjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik
bin Marwan sebagaiKhalifah. Bagaimana pendapat ibu?”tanya Abdullah.
Asma’ menjawab dengansuara tinggi,”Terserah engkau, wahai Abdullah!
Bukankah engkau sendiriyang lebih tahu tentang dirimu. ”Apabila engkau
yakin dalam kebenaran, maka teguhkan hatimu sepertitentera engkau yang
gugur.
Tetapi apabila engkau menginginkan kemewahan dunia, tentu engkau
seorang lelaki yang pengecut. Bererti engkau mencelakakan diri sendiri,
menjual murah sebuah kepahlawanan.”
Abdullah bin Zubir, menundukkan kepala di depan ibunya yang kecewa.
Ibunya, walaupun tua dan buta, namun Abdullah seorang khalifah dan
panglima yang gagah berani tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana
rasa hormat dan kasih kepadanya. “Tetapi aku akan terbunuh hari ini,
ibu,”kata Abdullah lembut. “Itu lebih baik bagimu, daripada engkau
menyerahkan diri kepadaHajjaj.
Akhirnya kepala kamu akan dipijak-pijak oleh Bani Umaiyah dengan
memberikan janji mereka yang sukar untuk dipercayai,”kata ibunya tegas.
“Aku tidak takut mati, ibu! Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang
dan merobek-robek jenazah aku dengan kejam,” ujar Abdullah lagi. “Tidak
ada apa yang perlu ditakuti dengan perbuatan orang hidup terhadap orang
mati. Bukankah kambing yang disembelih tidak merasa sakit lagi ketika
disiat?” jawab Asma’. “Yang ibu khuatir kalau engkau mati di jalan yang
sesat,” sambung Asma’ lagi. “Percayalah ibu, aku tidak memiliki fikiran
sesat untuk melakukan perbuatan keji. Aku tidak akan melanggar hukum
Allah. Aku bukan pengecut dan aku lebih mengutamakan keredhaan Allah dan
keredhaan ibu,” ucap Abdullah bersemangat.
Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan
dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid
menemui Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar