Ceritanya mengisahkan seekor anak ikan dan ibunya yang sedang
berenang-renang dilautan dalam. Ibu ikan sedang mengajar anak
kesayangannya akan erti kehidupan danrealiti yang mereka hadapi. Anak
ikan ini bertanya,
“Apa banyakkah perkara yang anakanda tidak ketahui wahai ibu?”.
Ibu ikan ini pun berkata, “Duhai anakku yang ku kasihi, sesungguhnya
terdapat suatuperkara yang amat penting yang ibu ingin sampaikan…ajaran
ini telah disampaikan olehpendita-pendita ikan yang terulung sejak
zaman berzaman, telah disebarkan kepadaseluruh warga alam air ini dan
ibu harap anakanda juga ambil berat apa yang ingin ibu katakan…Suatu
hari nanti, anakanda akan beruji dengan godaan-godaan yang mengelirukan
akal… akan anakanda jumpa cacing yang sungguh enak sedang dicucukoleh
mata kail dan diikat pada tali yang tidak nampak oleh mata kasar.
Cacing itu kelihatan sungguh mengiurkan, sungguh lazat sehinggakan
anakanda tidak terfikir akanapapun kecuali utk menikmati juadah yang
enak itu… tetapi anakanda kena ingat ituhanyalah muslihat manusia,
mengumpan anakanda ke alam lain yang penuh sengsara.”
“Alam apa itu ibu?” “Jika anakanda terjerumus ke perangkap manusia
itu.. leher anakanda akan disentapoleh besi yang bercangkuk tajam dan
akananda akan merasa kesakitan di muluanakanda. Kemudian, mereka akan
tarik anakanda ke arah sesuatu yang menyilaupandangan sehingga anakanda
rasa anakanda akan buta… anakanda akan di campakumpama sampah di perut
perahu mereka dan anakanda akan berasa sesak keranaanakanda bukan lagi
dikelilingi oleh air tetapi udara…
Kemudian mereka akan membawaanakanda ke pasar, mereka letakkan
harga..ada manusia yang datang danmencocok-cocok badan anakanda sebelum
ada yang membawa anakanda ke rumahmereka. Siksaan mereka belum
selesai…manusia itu akan mengelar- ngelar anakanda,menghiris daging dan
meletakkan garam dan .. pedihnya ibu tak dapat bayangkan
danceritakan..”, sambil si ibu tunduk sayu dan ketakutan.
“Setelah dikelar-kelar… anakanda akan melihat minyak yang panas
mengelegak, sehingga percikannya bisa meleburkan kulit anakanda yang
halus itu… manusia kemudiannya akan menurunkan anakanda ke dalam minyak
yang panas itu sehingga segala daging dan kulit anakanda melecur dan
bertukar warna…
Akhirnya.. anakanda akan dilapah, dimamah dan dikunyah oleh gigi-gigi
manusia yang tidak mengenal erti belas kasihan itu… Semua siksaan itu
berpunca dari godaan yang sedikit… ibu berpesan agar anakanda ingat dan
berhati-hati di laut lepas tu…”
Si anak..hanya mengangguk-anggukkan kepalanya… dalam hatinya masih
tidak yakin..kerana belum pernah ketemu cacing yang sebegitu… Suatu
hari.. setelah di anak ini remaja..dan bersiar-siar dengan
kawan-kawannya..mereka terlihat seekor cacing yang amat besar, tampak
lazat berseri-seri… semuaikan-kan itu telah mendengar cerita dari orang
tua masing-masing.. cuma baru sekarangmelihatnya dengan mata kasar
sendiri.. masing- masing menolak satu sama lain.. dan mencabar-cabar
agar pergi menjamah juadah itu.. akhirnya si anak yang tidak yakindengan
ceritaibunya tadi berkata, “
Ahhhh…masakan benar kata-kata ibuku.. makanan selazat ini tidak
akanmendatangkan apa-apa kecuali kenyang perutku. Ini habuanku….”,
terlintas nafsu yangdtg menggoda… lalu.. setelah si anak itu mengangakan
mulutnya luas-luas dan denganrakusnya membaham cacing itu… mulut dan
tekaknya terasa kesakitan yang amatsangat…setelah puas cuba melepaskan
diri.. si anak tadi berasa kesal dan sedih dalamdirinya.. kerana dia
tahu…apa yang ibu katakan memang benar…cuma segalanya sudah
terlambat..hanya kerana nafsu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar